Pages

Sunday, May 5, 2013

1. No Dress Rehearsal







Life is what happens when you're busy making plans
                                                                      -Lizzie


Bagaimana kita menyambut kematian?

Setelah nyawa dihenjut keluar kerana taqdir melalui penyakit atau musibah yang menimpa, kita tidak tahu apa yang berlaku seterusnya. Apakah yang bakal memberatkan kantung perasaan dalam proses peralihan antara dua dunia? kenang-kenangan bersama orang-orang tersayang dalam hidup kita, hal-hal yang kita tidak sempat lakukan, atau maaf-maaf yang tak mampu terucap di saat masih bernafas. Kita tidak tahu.

No Dress Rehearsal tulisan  Marian keyes menyentuh soal itu.

 Lizzie telah mati, tetapi dia tidak tahu. Setelah eksiden basikal itu ,orang-orang sekitarnya tidak mengendahkannya lagi. dia adalah diri yang baru sahaja menembus ke alam meta. Yang masih berlegar-legar untuk menerima kenyataan. Dalam jangka masa itu dia melihat bagaimana ragam berkabung watak-watak dalam hidupnya meneruskan kehidupan...

Tanpa dia.

Sakit bukan?

Tiada lain selain waktu itu baru perasaan kesal menjadi sebahagian dari diri kita. sehingga kita juga terpaksa menelan kekesalan dan menerima kenyataan.

Novel ringan ini adalah salah satu naskah daripada Open Door Series. Satu projek untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan dewasa di Dublin, Ireland.


(Ratings: 2/5 )