
what will we do when we find out that the relationship is a failure?
Sebuah lakaran penderitaan; traumatik; dan sudah tentu- ini berlaku dalam hidup.
Aisya hanya insan biasa; mengharap dicintai seorang lelaki. Dia seorang wanita yang hampir sempurna, tidak mampu mengecewakan, akhirnya dia mengerti. itulah kesilapannya satu-satunya.
Hidup di atas ekspektasi orang lain. Sedangkan tiap insan itu tidak mampu menggalas semuanya.
Bahagia dengan Mark rupanya terlalu sebentar. Lelaki yang begitu prihatin, begitu penyayang dan menarik-juga adalah pemangsa bahaya rupa-rupanya. Licik; penuh perancangan dan psikotik. Aisya jadi kedunguan sendiri terkurung dalam rumah yang menjadi penjara.
Begitu kuatnya pengaruh Mark; jiwa Aisya seakan mati untuk dirinya sendiri. Semuanya Mark. Larangan Mark. Apa yang Mark benci. Apa yang menaikkan amarahnya. Hanya Mark yang boleh melakukan semuanya-apa-apa sahaja. Dan Aisya hanyalah seorang hamba di tangan tuannya.
Tetapi hebatnya kasih dan cinta seorang ibu terhadap anaknya-di sini titik perubahan mood cerita. Lebih saspens dan mendebarkan; Aisya akhirnya mampu berfikir untuk masa depan anak-anaknya-mereka. Hampir berjaya untuk lari; apabila Mark tiba-tiba pulang awal hari itu. Dan di saat akhir, Aisya mampu bangkit. Tiada siapa-malah dia sendiri tidak pernah terfikir harga sebuah kebebasan adalah antara hidup dan mati.
Keberanian untuk satu saat. Dia bebas dari lelaki itu selama-lamanya.
pengakhiran yang melegakan. baru perasan. memang agaknya perempuan lebih mudah tewas dengan perasaan? hingga akhirnya masa berlalu mengharapkan ilusi; dan fizikal menuju mati secara seksa dan perlahan-lahan. persoalan yang timbul setelah mengakhiri pembacaan.
oleh; Cathy Glass. rating; 3.5/5