ops. ya, ini kisah cinta :p
bagaimana rasanya? apabila dia yang kita cintai itu begitu dekat-juga begitu jauh. Begitulah takdir menentukan-seperti yang dinyatakan penulisnya dalam "Where The Rainbows End" yang dipersembahkan dalam bentuk yang berbeza; penceritaannya seluruhnya adalah menerusi surat-surat, emel, kad jemputan, mesej, dialog.
Alex hanya mengenali Rosie sebagai kawan baiknya; dan begitu juga Rosie-mereka membesar bersama; rapat dan berkongsi kehidupan. Semasa remaja; Alex lebih dikenali sebagai seorang "pengaruh buruk" buat Rosie. Ibu bapa mereka kerap dipanggil ke sekolah kerana kenakalan mereka berdua. Kemudian Alex terpaksa berpindah ke Boston dan mereka terpisah.
Pada usia 16tahun; bilamana dia seharusnya menerima tawaran pengajian dalam bidang perhotelan di Boston; bertemu semula dengan Alex dan menjalani hidup sepertimana yang dirancang, Rosie melepaskan semuanya.
Dia telah melakukan "kesilapan" dan kini dia mengandung. Perkara ini; baginya tidak akan terjadi sekiranya Alex tidak terlepas penerbangan pulang ke Dublin dan bersamanya dalam majlis tahun akhir mereka.
Kehidupan menjadi sukar, Rosie terkial-kial menguruskan Katie sendirian; mujurlah keluarganya sentiasa ada di sisi; dan Alex-walau dari kejauhan sentiasa memberi sokongan kepadanya.
Masa terus berlalu. Steph; kakak Rosie sentiasa menyangka Alex dan Rosie akan bersama kelak.Apa yang terjadi antara mereka-walau bagaimanapun adalah susunan kehidupan. Rosie merasakan Alex adalah cinta sejatinya; tetapi dia mungkin sedikit terlewat kerana Alex akan berkahwin dengan Sally. Rosie kemudiannya bertemu Greg, dan berharap dia dan si kecil Katie akhirnya mampu hidup seperti sebuah keluarga normal.
Perkahwinan Alex dan Sally berakhir; kehidupan Rosie bersama Greg juga tidak lebih baik; malangnya sekali lagi; sesuatu menghalang Rosie ke Boston- Brian kembali memohon untuk bertanggungjawab ke atas anaknya; Katie. Dan semuanya seolah berulang-Alex menemui Bethany dan berkahwin dengannya.
Sehinggalah usia mereka masing-masing mencecah 50 tahun; bila ianya terbongkar-bahawa mereka saling mencintai.
(serius menunggu adalah meletihkan)
serasanya; kekuatan novel ini adalah pada susunan penceritaan dan unsur-unsur humor yang wujud menjadikan karya cinta-persahabatan seperti ini tidak membosankan. selain nilai kasih-sayang; dan kejutan-kejutan lain seperti kemunculan semula Miss Casey dan Bethany serta Brian dari masa lampau. Penghargaan yang tinggi juga diberikan kepada soal keibu-bapaan dalam cerita ini-cinta tanpa syarat mereka-dan mereka akan sentiasa ada untuk anak-anaknya.
cumanya. saya memang pelik kenapa Alex memilih Sally dan Bethany untuk berada dalam hidupnya dan Rosie memilih Greg sedangkan.mereka.cintakan.orang.lain.
(tak perlu tanya kot soalan ni. -_-)
oleh; Cecelia Ahern. rating; 2/5