Pages

Tuesday, July 30, 2013

3. Senggama Minda Akutagawa dalam Hell Screen




Penulis: Ryunosuke Akutagawa, Jay Rubin (penterjemah)
Penerbit: Penguin Books





Ini mungkin kali pertama saya membaca karya Sastera Jepun, kalau ada pun sebelum ini saya pernah terbaca, ia tidak meninggalkan kesan psikologi sedalam Tulisan Ryunosuke Akutagawa.

Kalau ada sesuatu yang gelap. Akutagawa telah menulis kegelapan bahkan lebih malap daripada itu dalam naskah nipis ini yang mengandungi 2 cerita pendek. Hell Screen dan The Spider's thread. 


I.  Hell Screen


Hell screen, adalah bacaan horror yang menyesakkan, malap malah amat menjengkelkan. Ia mengambil latar sekitar era heian berkenaan Horikawa, seorang raja yang amat kejam tetapi dipuja-puja keagungannya oleh rakyat sehingga dianggap sebagai Reinkarnasi Buddha. Horikawa mempunyai seorang pelukis hebat, Yoshihide yang dikatakan pada setiap lukisan-lukisannya memancarkan aura memukau, gelap dan menakutkan. Yoshihide dengan segala sifatnya yang digambarkan sebagai seorang yang jelik, pelik , angkuh dan tidak disenangi ramai mempunyai seorang anak perempuan yang cantik, Yuzuki  yang amat disayanginya mempunyai sifat yang sama sekali bertentangan dengan ayahnya.Yuzuki juga berkhidmat sebagai dayang istana Raja. Khabar angin mengatakan Horikawa menaruh perasaan terhadap Yuzuki.

Bagaimana kesah ini bermula? Pada suatu masa Raja Horikawa telah mengarahkan Yoshihide untuk melukiskan pada layar gambaran 8 tingkatan Neraka seperti yang dirakamkan dalam ajaran Buddha. Yoshihide bersetuju. Dia malah telah memperlakukan anak-anak muridnya dengan kejam sebagai model hanya untuk melihat sendiri pemandangan, emosi dan jeritan siksaan-siksaan untuk dilukiskan pada layar tersebut. Cerita ini semakin menjengkelkan apabila yusuke telah dirogol oleh horikawa akan tetapi diceritakan seolah-olah sang raja tidak bersalah dalam hal ni. Setelah berapa ketika, Yoshihide menghadap sang raja dalam keadaan muram . katanya lagi dia memerlukan satu lagi gambaran untuk menyempurnakan layar tersebut. Gambaran keadaan dimana satu kenderaan diraja sedang keawangan dan terbakar, di dalamnya terdapat seorang perempuan yang dirantai meraung menggelupur kebakaran yang marak memakan rambut , kening, kulit dan segala isi tubuhnya. Yoshihide perlukan peristiwa seperti itu. 

Horikawa tersengih. malah dengan terketawa beliau mengabulkan permintaan Yoshihide. Pada akhir penceritaan ini walaupun dapat dijangka bahawa Sang Raja akan membakar Yuzuki hidup-hidup semata-mata kerana nafsunya dinafikan oleh Yuzuki. Tetapi yang paling memeranjatkan adalah Yoshihide. Kesedihan melihat anaknya dibakar didepan mata tidak menggetarkan hatinya untuk lari  menyelamatkan darah dagingnya sendiri tetapi, kesedihan itu terbakar sekali dengan api yang marak diselang selikan raungan, jeritan malah tangisan anaknya dalam kegelupuran. Ratapan Yoshihide untuk anaknnya hanya beberapa saat. Seterusnya dia trance, kesurupan dalam obsesinya untuk meyiapkan lukisan tersebut. 

Lukisan tersebut dikagumi seluruh mata yang melihat dan Yoshihide tidak dikeji lagi masyarakat. Keluarbiasaan lukisan tersebut mempunyai harga yang tinggi tak dapat dibayangi dek akal manusia  akhirnya meragut kewarasan Yoshihide yang dihantui kesedihan saban hari akibat kematian anaknya. Yoshihide akhirnya membunuh diri. 




II. The Spider's Thread


Cerita kedua lebih pendek, lebih mudah ditembus lapisan-lapisan maknanya yang  lebih nipis berbanding Hell Screen manakala, plot twist di akhir cerita benar-benar menyempurnakan. Dengan mengambil latar di Syurga, kesah ini membayangkan empati dan keadilan Shakyamuni Buddha yang melihat para pendosa disiksa di relau neraka melalui  lohong dari permukaan kolam teratai di syurga. Beliau berasa kasihan dengan seorang penghuni neraka tersebut, Kandata . Lalu beliau membuka lembaran amalannya , ternyata tiada satu pun amal kebajikan kecuali satu. Ketika dalam hayatnya yang lalu, Kandata yang merupakan pencuri telah menahan diri daripada membunuh seekor labah-labah. 

Maka dengan kebajikan tersebut, Shakyamuni dengan penuh rasa belas menurunkan sehelai benang lelabah dari syurga atas ke lohong neraka untuknya. Kemudian kandata pun memanjat-manjat dengan bersungguh-sungguh. tetapi bukanlah suatu yang tak dapat diramalkan, seluruh pendosa lain pun berkejar-kejaran memanjat sehelai benang labah-labah itu. masakan tidak, peluang untuk terlepas diri dari siksaan harian. Kandata jadi berang. dengan angkuh dan sikap nafsi-nafsinya itu, beliau menjerit hak kepunyaan benang ini adalah miliknya sendiri!. dan pada saat itu. benang itu putus betul-betul di atas genggaman kandata dan terjatuhlah mereka semua.

kerana sikap nafsi-nafsi itu, Shakyamuni Buddha pun berlalu pergi.



Dalam kedua-dua cerita pendek ini pada saya mencerminkan psikologi masyarakat moden jepun dan juga kedudukan wanita dalam masyarakatnya. Budaya obses kerja - workaholic rakyat jepun yang keterlaluan hingga ada yang menyebabkan Karōshi (literally- death from overwork)  meskipun ia membayangkan betapa Passionate-nya mereka namun ia telah membunuh nilai-nilai tertentu yang utama dalam masyarakat. 


Tentang wanita pula , Yuzuki seolah-olah sekadar menjadi objek. Objek pelayan, Objek pemuas Nafsu, Objek kesayangan,  Objek bernyawa yang tidak mampu keluar dari kandang stratanya. Cara penceritaan sang penglipurlara pula amat menjengkelkan walaupun tukang cerita melihat sendiri bagaimana Yuzuki telah dicabul, dia buat endah-tak endah barangkali kerana kepujaannya terhadap sang raja itu.




Walauapapun nilai yang akutagawa cuba nyorokkan, tulisan beliau memang satu bacaan waktu senggang yang mengashikkan dan mengenggama imaginasi




Boleh baca online di sini

Ratings: 4.5/5






Wednesday, July 17, 2013

The Kite Runner


dosa lampau dan penyesalan.
mungkin inilah yang membawanya pulang ke Kabul, Afghanistan setelah lama meninggalkannya sejak perang meletus. 
mungkin juga; ini satu-satunya cara untuk dia menebus kesilapan lalu-satu cara untuk dia "kembali" menjadi dirinya.

"for you, a thousand times over",

Hassan sahabat baiknya; yang benar-benar melindunginya, dan kebaikan itu dibalas dengan pengkhianatan.
sebagai akibatnya; dia juga hidup bertahun-tahun dibelenggu resah dan rasa bersalah.

menyelami isi hati seorang anak yang terlalu mendamba perhatian ayahnya, persahabatan, percintaan, dan tak lepas juga watak antagonis yang kembali dari masa silam; setiap plot punya perkaitan yang erat; dan ada kisah di sebalik kisah. 

siapa sangka? si pengecut Amir jan akhirnya sanggup berdiri di atas kaki sendiri; memulakan perjalanan bagi "memaafkan" diri sendiri-menjejak pewaris Hassan, biar tahu dia mungkin tidak akan pulang dalam keadaan bernyawa. dan beginilah takdir telah menetapkan.

oleh Khaled Hosseini. rating; 4/5

Thursday, July 11, 2013

On The Street Where You Live




Spring Lake; yang menjadi destinasi percutian merehatkan pada musim panas rupa-rupanya menyimpan misterinya tersendiri.

Emily Graham; pulang setelah hari-hari menakutkan dengan jenayah dan pembunuhan-berharap mampu mencapai ketenangan di Spring Lake, apabila akhirnya mendapati tidak kurang buruknya keadaan yang menantinya di sana.

dia diperhatikan; pergerakannya diawasi; malah ada seseorang menghendakinya untuk 'hilang' dari muka bumi menjelang 31 mac. 

 Kematian Emily merupakan "satu kitaran sempurna" menurut lelaki itu; malah satu reinkarnasi dia 100 tahun yang lalu.

Martha; yang hilang 4tahun lalu telah ditemui bersama rangka Madeline; yang dicatatkan hilang 100tahun yang lalu; kedua-duanya pada tarikh yang sama, begitu juga dua gadis lain yang hilang pada 5Ogos dalam jarak seabad. 

benarkah dia pembunuh yang "lahir" semula ke dunia untuk 'mengulangi' kerja tangannya 100tahun lalu?

Kisah pembunuhan bersiri; bersama plot yang menarik, sewaktu membacanya saya cuma ingin mengetahui siapakah pembunuh sebenar dan kaitannya dengan 'kehilangan tanpa jejak' yang berlaku seabad lepas. Dan idea diari yang mencatatkan dengan terperinci bagaimana tiap-tiap pembunuhan dilakukan menjadikan saya terfikir bahawa manusia juga boleh mencapai kegilaan seperti ini. -_-'

~bacaan ringan tengah malam.
Oleh; Mary Higgins Clark. rating; 3/5



2. Perempuan yang Patah Hati


Penulis: Rasyidah Othman
Penerbit: Jargon Press

" Kerana aku ini hanyalah separuh dari perempuan-perempuan yang deritanya menggulung ke syurga, dan berpura-pura menjadi utuh "


Walauketikamanapun puisi-puisi dalam buku ini dibaca, kita bisa terjerat dalam perangkap emosi yang disediakan, mahu atau tidak. Kita akan akur, penulis ini telah berjaya. Berjaya membenamkan perasaan pembaca dalam lipatan-lipatan bahasanya. Meskipun kadang-kadang tulisannya membingungkan. Citra yang digunakan ada yang tidak mampu dibayangkan, kita sengaja pedulikan kerana ketika itu kita telah lemas dalam sungai emosi yang deras, yang dalam, yang kita tahu pengakhirannya, kekecewaan.

Perempuan yang patah hati, menampilkan sesuatu. Sesuatu yang dekat dengan diri kita. hal-hal tentang Tuhan, Cinta, Kesedihan dan kesepian yang kebanyakan orang lalui. Setiap aksaranya diatur dan dijalin rapi dengan rontaan perasaannya yang jelas tetapi diselubungi misteri ceritanya.

Selepas helaian terakhir habis dibaca mungkin para pembaca akan tertanya-tanya, Siapakah gerangan penulis ini? bagaimanakah kehidupan hari-harianya sebenarnya? apakah yang telah dia lalui sehingga kekecewaan begitu sebati dalam aksaranya? dan hal lain-lain lagi. Ketika itu, baru kita sedar, Rasyidah Othman telah dipuja.


rating: 3/5

Wednesday, July 3, 2013

Cogito Allah Sum!

"kalau begitu, Allah itu lebih mengetahui dan Maha Besar!"




perjalanan hidup terlalu misteri, manusia tidak pernah tahu apa yang menantinya walau sesaat daripada masa hadapan. kerana keterbatasan ini, seharusnya membawa manusia mengenal kebesaran Tuhan; seterusnya mengakui kewujudanNya sebagai Yang Maha Esa, Tunggal tiada selainNya.

siapa sangka, kehidupan seorang Rayyan yang begitu perit, porak-peranda kerana "kehilangan" Tuhan, adalah detik-detik yang memulangkan dia kepadaNya.

dua kali hatinya kecewa;sehingga berputus harap terhadap cinta.
 beberapa kalinya terlempar ke lembah maut, nadinya tetap berdenyut dan dia terus hidup.

"Manusia boleh tersenyum, menangis, sengsara dan bahagia. Benarkah manusia akan terus hidup seperti ini?"

ada persoalan yang disembunyikan sejak mula, dinafikan selalu. jiwa menjadi semakin bingung akhirnya apabila akalnya yang selalu cerdas itu, menjadi buntu di hadapan keagungan Allah.

dan saat hatinya kembali memulih, dan dia memilih untuk yakin, iktikadnya diuji;

"..bolehkah Tuhan menciptakan perisai yang teramat kuat sehingga tidak ada satu pedang pun yang dapat menembusinya. bolehkah Tuhan membuat sebuah pedang yang teramat tajam dan paling hebat sehingga mampu menembusi apa saja termasuk perisai tadi?"

dia hanya punya seminggu untuk mencari jawapan. keyakinannya adalah taruhan. apakah soalan ini tidak punya jawapannya?

sebuah kisah perjalanan rohani seorang insan biasa; yang terkadang serasa mewakili kita. karya Lalu Mohammad Zaenudin ini tampil memaparkan kepada kita; beberapa persoalan akliah yang mungkin pernah terlintas dalam sanubari kita-yang kemudiannya kita abaikan terlupakan dalam kesibukan rutin harian.


rating: 3/5