kadang-kadang aku berasa cinta tu penat.
aku penat merasa cemburu, aku penat menanggung semua kerisauan-kerisauan. dan mengalirkan air mata kerana seorang lelaki.
tapi bibir boleh berbohong. hati takkan mampu menipu. aku telah jatuh cinta. dan bagaimana boleh aku katakan aku "terjatuh cinta pada orang yang salah sedangkan cinta itu bukan dalam kawalanku. Ia adalah pemberian Tuhan.
Siapa cinta pertamamu?
-Ia adalah engkau, kita telah bertemu sewaktu kecil dulu..
Jadi aku telah dilamun cinta, kan.. kerana ruang mataku hanya penuh dengan bayangmu. Dan setiap hari aku nantikan panggilan telefonmu.
Dan perpisahan menjadi perit kerana hati tak mampu melupakanmu. disebabkan kenangan-kenangan yang kita miliki..
sebuah cerita cinta antara aku (aimin) dan si hero korean mata sepet; min hyuk. mendapat tentangan keluarga dan. agama yang berbeza.
bagi penggemar happy ending, ini sebuah cerita yang sempurna. dengan jangkaan-jangkaan babak yang diharapkan, membaca novel ini adalah satu kepuasan.
bagi aku, tanpa puisi dan mungkin lirik lagu, novel ini jatuh di tangga ke berapa. tetapi watak utama yang jauh dari sempurna (tak pandai masak, tak pandai match colour baju, kelam-kabut, selalu tersedak sampai tersembur makanan kt orang lain) ini adalah (bagi aku) sesuatu yang menarik.
bak kata omputih; "she's a mess"
tapi kata min hyuk; "i love her mess"
sebab itu ia adalah cerita novel. segala yg romantikus belaka hanya terdapat dalam novel/drama.
:P ok, ni dah tak macam ulasan buku dah.
yang bagusnya tentang novel cinta yang ini, kisahnya fokus semata-mata pada "aku(aimin), dan tak meleret-leret kepada watak-watak lain seperti novel-novel alaf 21 yang pernah dibaca dahulu. Turut punyai unsur-unsur humor, dan beberapa catatan perjalanan ke bumi kelahiran Kim Hyun Joong, mungkin suatu masa nanti setelah aku kaya aku juga akan sampai untuk menikmati suasana bunga sakura berguguran jatuh ke muka.
*******************************************************************************
ada apa pada cinta?
rindu yang berpanjangan.
dan senyum yang membahagiakan
6/10


