Pages

Thursday, July 17, 2014

Tenggelamnya Kapal Van der Wijck



Selesai membaca karya hamka; tenggelamnya kapal van der wijck. Sebenarnya, buku dgn judul ini sudah lama terlihat ada dalam almari buku rumah, cuma baru-baru ini saya tercari-cari, itupun setelah "bertembung" dgn filem "di bawah Lindungan kaabah"; yang mana pertembungan itu juga rentetan daripada satu pencarian cinta yg tidak berhasil juga; iaitu kisah laila majnun, atau Qays dan Layla. Malangnya, buku tersebut sudah tidak ada bayangnya lagi di rumah, tetapi kemudian berjodoh di kedai buku. Berakhir di sini.. sendiri juga berakhir dengan pelbagai rasa di dalam hati. Sejujurnya, menurut saya. Kalau boleh dikatakan, ini adalah kisah yang biasa; cinta yang terhalang lantaran darjat dan wang. Tetapi ada sesuatu yang mengisi kepuasan membaca; mungkin itu ialah kekayaan bahasa dan ketulusan perasaannya! Sehingga kesedihannya karam menjadi kesedihan diri, juga air matanya mengalir dari kelopak mata ini! Sehinggakan perihnya juga terasa dekat hati, seolahnya pengalaman cinta itu pula-adalah hikayat cinta sendiri; dengan beberapa persamaan meski dengan jalur-jalur yg berbeza. Ya, kan. Bukankah cinta itu lestari alam, yang dirasai oleh sekalian banyak manusia, banyak rasa-rasa itu adalah mirip-mirip sekali. Dan seluk-belok rasa yang berkecamuk itu, beserta nasihat, pedoman hasil renungan dan pertapaan perjalanan hidup, serasa lebih berbekas dengan gaya halus bahasa hamka ini. Begitu juga, persoalan-persoalan hati itu, timbul tenggelam; ada yg muncul dgn jawapan, dan ada juga yang terbiar tiada penjelasannya; mungkin perlu diraih sendiri dalam perjalanan hidup. Ikut hati, saya ingin beri sepuluh persepuluh. "Dan Hayati karam membawa cinta, dendam telah terlangsai, takdir membawa cita-cita Zainuddin-jauh ke syurga, mungkin!"

Hamka, 10/10

1 comment:

  1. ohya. cinta yang "tidak berhasil" di sini bermaksud cinta yang terhalang; dan tidak berakhir dengan ikatan perkahwinan.
    walau bagaimanapun, mereka tetap-telah mencapai cinta itu, kan. dan ia bukan cinta yang bertepuk sebelah tangan..

    ReplyDelete