Rooftop Rant-VERSUS-tunas
Beberapa karya Hlovate yang dibaca berturut-turut dalam beberapa hari. Sengaja menuliskannya dalam satu post yang sama.
Kenapa karya Hlovate mendapat sambutan? entah. mungkin. kerana gaya penulisan yang santai, kerana penggunaan bahasa remaja sekarang, kerana ketelitian merakam momen-momen, menggambar perasaan, menguasai emosi atau mungkin saja kisahnya berkisar sekitar remaja sendiri. Pandangan sendiri terhadap tiga karya Hlovate;
Rooftop Rant.
tertarik untuk membaca Rooftop Rant terlebih dahulu berbanding dua karya lainnya.
Berkenaan Jade, Trisy. Pertemuan dua insan yang diibaratkan; dalam bot yang sama, walau berbeza kabin. Trisy sebagai simbolik anak yang hilang kasih-sayang, hidup mewah yang keseorangan, tertekan. Jade juga punya kisah sendiri. minatnya terhadap bidang lukisan dianggap oleh ibu dan ayah sebagai "tiada masa depan", tertekan kerana sering dibandingkan dengan abang dan adiknya yang lebih cemerlang.
di atap bangunan tuisyen itu mereka bertemu. Tidak pernah bertegur. Masing-masing buat hal sendiri; Jade dengan buku sketchnya dan Trisy yang semata-mata menghabiskan "masa tuisyen"nya di situ.
Sehinggalah suatu hari, kisah mereka berdua bertemu dalam satu insiden.
Sejak itu, Jade adalah sebahagian hidup Trisy, dan begitu sebaliknya. Jade adalah penyelamatnya; bagi Trisy hidupnya sejak itu punya makna. Sekurang-kurangnya ada insan yang ingin mendengar luahan hatinya; ingin menegur dia, manjadi seorang "keluarga" bagi dia. Sedang bagi Jade, adanya Trisy seolah menjadi satu inspirasi buat dirinya.
Kemudian mereka terpisah.
Trisy tanpa Jade. Dengan keazaman untuk berubah lebih baik.
Jade tanpa Trisy. Dengan kekuatan memperjuang minatnya.
rating; 4/5
VERSUS.
Asyraff Omar. AO. Minn Edina. Minn.
Minn Edina dulu lebih dikenali sebagai Edsassin', handalan skate-boarder yang tiba-tiba hilang dari pentas dan jadi lagenda. AO dulu meminati gadis ini sebagai Edsassin'. Juga seorang skate-boarder.
tiba-tiba bertemu dalam latar cerita yang berbeza. tentang assignment. Min yang memakai tudung, menutup aurat dan 'berubah' adalah seorang mentor untuk projek universiti. AO yang terlambat menyedari kisah gadis itu-identitinya yang dulu.
Yang paling menyentuh perasaan adalah peristiwa di Bukit Cerakah. Bila Minn merasakan dia tidak pernah adalah yang "baik" untuk AO. not good enough (rasanya rata2 perempuan yang mula2 dalam relationship akan rasa begini. hmm.)
jadi Minn ambil keputusan menjarakkan diri dari AO.
rating; 3.5/5
Tunas
zaman kolej-zaman muda-mudi remaja. penuh kenangan. kenakalan. seolah membaca nota-nota masa lalu tentang diri sendiri. bacaan ringan yang memuaskan.
dan karya Tunas adalah beberapa tahun kebelakang buku aA+bB; kisah Benz dan Addin.
Tunas juga mengingatkan; manusia itu ukurannya bukan pada material. saksikan kenakalan Addin, Magnificient 7, ketawa sendiri.
rating; 3/5
VERSUS-Rooftop Rant
Titik pertemuan dua cerita ini ialah pada kata "berubah". berubah kepada yang lebih baik. Membuat pengorbanan. Meninggalkan sesuatu untuk sesuatu yang lain. daripada keresahan untuk ketenangan.
dan kedua cerita ini melakar; bahawa untuk tujuan itu-adalah pahit dan sukar. ia merakamkan sakit dalam lubuk hati yang halus.
Bagaimana Trisy bangun setiap pagi; mengingat dia adalah 'anak terbuang' yang pernah cuba mengakhiri hayatnya sendiri-kalau tidak kerana Jade.
Bagaimana Minn melepaskan kecintaan hitam pekat yang telah mendarah-daging dalam dirinya.
Begitu juga AO.
Soal bagaimana ini anda akan dapat selaminya dengan membaca sendiri VERSUS dan Rooftop Rant.
VERSUS-Rooftop Rant-Tunas
ketiga-tiga karya ni menampilkan watak abang kepada adik perempuan yang melindungi adik perempuannya; yang bagi sokongan, yang cuba memahami dan membantu.
contohnya Ked yang 'menghubungkan' Min dan AO setelah salah-faham yang berlaku, Jazz yang menyokong keputusan Trisy, dan abang Addin (lupa namanya :$). whoa. hubungan adik-abang yang rapat, ada satu perasaan harmoni bila baca interaksi adik-abang ni. serius bestnya ada pelindung.