Pages

Saturday, October 12, 2013

The Time Keeper




Masa. Ada sebab kenapa Tuhan menghadkan hari-hari bagi manusia.

karya Mitch Albom yang pertama dibaca. Ini pun setelah dicadangkan kawan.

Kisah tiga insan berbeza. tetapi diikat dengan sumpahan masa. gaya cerita yg saya minat. ada unsur-unsur saspens dan misteri. ada saat dan ketikanya serasa disapa, dan kisah hidup sendiri ada bahagiannya di dalam cerita.

Dor. sebagai manusia pertama yang mengukur masa. akhirnya menanggung "dosa" kerana kelebihannya itu dan hidup  tidak mati-mati, sendirian di dalam gua; mendengar rintihan manusia-manusia bumi. memohon masa kembali. meminta masa berhenti.

Sarah. cuma seorang gadis biasa-biasa. Hidup kecewa. Dipermain lelaki yang disangkakan tulus dengannya. Lalu meminta saat tidak berjalan lagi.

Victor. seorang hartawan. sudah tiada harapan sembuh dan dijangkakan kematian akan datang menjemput dalam tempoh yang singkat. sanggup di'sejuk-bekukan sehingga masa penyakitnya mampu dirawat kelak. dia mahu meminta masa hadapan. obses untuk terus hidup.

bagi sy; simboliknya kisah Dor yang kemudiannya muncul dalam hidup Sarah dan Victor; bertujuan mengajar mereka sesuatu tentang masa dan kehidupan. Iaitu hidup adalah untuk diberi erti dan makna. Sejauh mana kehidupan bererti untuk anda? Dan untuk apa? Persoalan yang tak difikirkan seseorang seperti Dor, Sarah dan Victor. Dan akhirnya kehidupan adalah untuk cinta. Cinta Alli (she's my wife) untuk Dor;  cinta ibu Sarah yang ternafikan selepas berantakan sebuah keluarga, dan cinta Grace yang tetap di sisi Victor yang hidup kerana diri sendiri. Menyedari hal ini kemudian barulah sumpahan pun berakhir.

dan tujuan mengukur masa-seawalnya tadi-bukan hanya untuk tahu. malah untuk difahami.

pembacaan yang santai di malam hari.

oleh; Mitch Albom. rating; 3/5

No comments:

Post a Comment