travel-lukisan-laut
ikatan saudara, dan cinta.
Terus-terang, saya sukakan latar cerita; laut dan pantai, juga watak utama cerita. Dan cinta setia yang disimpan Sam buat watak utama, Dana.
Dana, seorang artisan, kerap mengembara ke serata pantai dan laut yang ada di dunia, untuk melukis tiap ombak dan pantainya, juga sinaran mentari dan kilauan laut, awan-gemawan, damai camar yang berterbangan, momen matahari terbit atau tenggelam; -pada tiap-tiap lukisan yang punya ciri-ciri serupa itu; tidak ada yang sama melainkan satu; lukisan duyung yang hanya Lily mampu mengesani kewujudannya.
Walau bagaimanapun, ini bukanlah kisah tentang pengembaraan dan melawat tempat-tempat asing di dunia; seperti yang mula-mula saya bayangkan.
Tetapi ialah sebuah tragedi, misteri terkandung cinta dan kenangan. Dana, sang pengembara itu akhirnya pulang. Pulang setelah kematian Lily; adik perempuannya yang membawa pergi seluruh inspirasi, pulang dengan hati luka kerana cinta dikhianati, pulang dengan kecewa kerana berusnya tidak mampu menari lagi di atas kanvas. Pulangnya juga sebagai seorang penjaga kepada dua orang anak Lily; Quinn dan Allie.
Kisah bermula di sini. Setelah kematian Lily, Quinn yang periang itu telah berubah. Lebih berahsia. Dia mengesyaki Lily dan ayahnya, Mike bukan mati kerana kemalangan. Tetapi membunuh diri.
Kemunculan Sam, seorang oceanographer menjadi sebab Quinn menjemputnya ke rumah, merancang untuk mengupahnya bagi menyiasat perkara itu.
Dan Sam bagi Dana, hanyalah seseorang dari masa lampaunya. Tetapi bagi Sam, Dana ialah seseorang yang sejak dahulu tidak pernah dilupakan.
-----------------------------------------------------------------
jauh-jauh menyemai cinta, cinta menanti di bumi kenangan.
4/10